Thursday 3 November 2011

Kertas 1 ( Pemahaman )

Persediaan Awal Mengahadapi UPSR

Sistem Bahasa
1.  Baca soalan dengan teliti dan ulangi jika kurang faham.
2.  Bagi soalan bergambar, baca soalan dahulu kemudian perhatikan gambar.
3.  Jangan mengambil masa terlalu lama bagi satu-satu soalan.
4.  Jika soalan sukar tinggalkan, jawab yang mudah dahulu.

Kefahaman
1.  Baca petikan dengan teliti dan fahamkan isi kandungan petikan tersebut.
2.  Kemudian baca soalan dan semak petikan sekali lagi.
3.  Jawab soalan setelah betul-betul pasti jawapan adalah berkaitan petikan.
4.  Istilah "kecuali", "bukan" dan "tidak benar" kena diberi perhatian. 
5.  Elakkan menjawab soalan berdasarkan pemahaman sendiri tanpa merujuk kepada
     petikan.
6.  Sekiranya soalan bertanyakan pendapat anda, maka carilah jawapan yang paling tepat
     dan logik.

Wednesday 2 November 2011

Kertas 2 (Penulisan)

Persediaan Awal Mengahadapi UPSR

Bahagian A  :  Memindahkan Maklumat
1.   Baca arahan dengan teliti.
2.   Lihat dan perhatikan bahan rangsangan yang diberi. ( gambar tunggal atau bersiri, carta atau graf )
3.   Cuba dapatkan maklumat yang tersurat sahaja, iaitu yang jelas dinyatakan pada bahan rangsangan. 
4.   Bina lima ayat yang baik dan gramatis untuk mendapat markah penuh.
5.   Tuliskan nombor pada setiap ayat yang dibina.
6.  Semak semula ejaan dan tanda baca agar tiada kesilapan sekalipun tanda koma dan titik noktah.

Bahagian B :  Menulis Karangan
Tip Mengarang
1.   Pengetahuan yang luas - Melalui pembacaan buku-buku, majalah, dan akhbar.
2.   Menepati format - Fahami soalan, jenis berformat atau tidak berformat.
3.   Penguasaan bahasa - Menggunakan bahasa baku yang baik dan mudah difahami.
4.   Tulisan kemas - Menulis karangan dengan tulisan yang jelas dan kemas.

Langkah-langkah Menulis Karangan Yang Baik.
1.  Memilih soalan yang tepat
    - Pilih satu soalan sahaja, yang paling mudah dan difahami kehendak soalannya.
2.  Mencari kunci soalan
    - Baca soalan dengan teliti, gariskan perkataan dan ayat yang penting berkenaan bentuk atau jenis
       karangan.
3.  Menyusun Rangka Karangan
     - Senaraikan isi penting.
     - Elakkan fakta berulang.
     - Pastikan isi berkaitan dengan soalan ditanya.
4.  Membina perenggan
     - Pendahuluan - 1 perenggan
     - Isi penting     - 3 perenggan  ( 1 isi, 1 perenggan )
     - Penutup        - 1 perenggan
     # Sekurang-kurangnya 3 isi penting.  Jika lebih adalah lebih baik.
5.  Menulis karangan
     a)  Isi - menepati soalan
     b)  Bahasa - Perbendaharaan kata
                      - Struktur ayat
                      - Penggunaan imbuhan
                      - Penggunaan tanda baca yang betul
                      - Ejaan betul
     c)  Persembahan - gaya penulisan yang menarik.
6.  Menyunting / Menyemak
     -  Proses terakhir dan paling penting.
     -  Semak ejaan dan bahasa
     #  Sekiranya ada kesalahan, markah akan dipotong. Oleh itu, kena diberi perhatian.

Bahagian C  :  Membina Ulasan
1.  Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami akan kehendak soalan.
2.  Baca petikan yang diberi dengan teliti dan fahamkan isi kandungan.
3.  Cari lima nilai, atau pengajaran yang dikehendaki.
4.  Catat nilai dan huraiannya berdasarkan petikan.
5.  Tulis ulasan dalam satu perenggan sahaja.
6.  Bina ulasan daripada nilai / pengajaran serta huraian adalah menjurus atau berkaitan dengan petikan
     yang diberi.
7.  Elakkan membuat ulasan berdasarkan pendapat sendiri tanpa merujuk kepada petikan.
8.  Pastikan jumlah perkataan tidak kurang atau lebih terlalu banyak dengan jumlah yang telah dihadkan.
9.  Gunakan penanda wacana yang bersesuaian dengan ayat.
10.Semak ulasan agar tiada kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca.
 

Tuesday 1 November 2011

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

Maksudnya :  Di mana kita tinggal, di situ ada rezeki.
Udang hendak mengatasi ikan

Maksudnya :  Orang yang suka menegur kesalahan orang lain, sedangkan kesalahannya sendiri lebih besar lagi. 
Tunduk kepala bukan untuk dipijak

Maksudnya :  Berlembut dan hormat kepada orang bukan bererti kita boleh diperlakukan dengan sesuka hati oleh orang yang kita hormati itu.