Saturday, 10 December 2011

C) Pepatah

1.      Pepatah ialah sejenis peribahasa dan merupakan ungkapan  yang berulang.

2.     Pepatah digunakan untuk melahirkan penegasan atau menyampaikan unsur -unsur pengjaran dan falsafah.
Contoh pepatah :-

Bil.
Pepatah
Maksud
1.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Sesuatu pekerjaan sudah tentu boleh berjaya jika mempunyai modal yang mencukupi.

2.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama dan tolong-menolong dalam segala hal.

3.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah lagi orang yang menanggungnya.

4.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

5.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita tentu dia akan berusaha untuk mencapainya.

6.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Menaruh kepercayaan kepada seseorang yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

7.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika berkehendakkan sesuatu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika kita tidak berkehendakannya, kita akan memberi berbagai-bagai alasan.

8.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
Semakin banyak ilmu atau wang yang diperoleh, seseorang itu tidak akan berasa megah sebaliknya akan sentiasa merendah diri.

9.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jika tidak berusaha, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang begitu saja.

10.
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh, sedangkan yang telah ada hilang pula.



Thursday, 8 December 2011

B) Perbandingan Semacam

1.    Perbandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara  perbandingan.

2.  Perbandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.

Contoh perbandingan semacam :

Bil.
Perbandingan Semacam
1.
Adil seperti hakim
2.
Angkuh seperti merak
3.
Bebas bagai burung
4.
Bijak seperti pendeta
5.
Cantik bak bidadari
6.
Cepat macam kilat
7.
Cerdik macam kancil
8.
Degil seperti keldai
9.
Deras macam rebut
10.
Gemuk macam badak
11.
Harum bak bunga
12.
Hina seperti kucing kurap
13.
Jahat macam syaitan
14.
Kasar macam kulit nangka
15.
Kuat macam badang
16.
Lambat seperti siput
17.
Liat macam getah
18.
Luas seperti lautan
19.
Menangis macam budak-budak
20.
Takut macam tikus


A) Simpulan Bahasa

1.  Simpulan bahasa merupakan salah satu daripada bentuk peribahasa.
2.  Simpulan bahasa biasanya terdiri daripada dua patah perkataan  
      seperti "ringan tulang".
3.  Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara yang
     berlainan daripada maksud yang
     diucapkan.
4.  Susunan simpulan bahasa adalah mantap.

 Contoh :


Bil.
Simpulan Bahasa
Maksud
1.
Abu Jahal
Orang yang jahat.
2.
Angkat kaki
Pergi dari situ.
3.
Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan di dalam istana.
4.
Buah pena
Hasil penulisan.
5.
Cangkul angin
Membuat kerja yang sia-sia.
6.
Gelap mata
Hilang fikiran apabila melihat wang yang banyak.
7.
Hentam kromo
Membuat sesuatu dengan sesuka hati.
8.
Kacang hantu
Suka mengganggu orang.
9.
Kata putus
Keputusan akhir
10.
Ketam batu
Sangat kedekut
11.
Kutu embun
Orang yang suka keluar pada waktu malam.
12.
Langkah kanan
Bernasib baik.
13.
Langkah seribu
Berlari dengan sekuat hati kerana ketakutan.
14.
Lipas kudung
Orang yang membuat sesuatu dengan cepat.
15.
Malu-malu kucing
Berpura-pura malu.
16.
Orang rumah
Isteri
17.
Raja sehari
Pengantin
18.
Salah tampa
Salah sangka
19.
Serkap jarang
Membuat tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu.
20.
Tajam hati
Pintar


Tuesday, 6 December 2011


Marilah Belajar Suku Kata Terbuka......

Monday, 5 December 2011

 Gembira dalam Bahasa Melayu!