Persediaan Awal Mengahadapi UPSR
Sistem Bahasa
1. Baca soalan dengan teliti dan ulangi jika kurang faham.
2. Bagi soalan bergambar, baca soalan dahulu kemudian perhatikan gambar.
3. Jangan mengambil masa terlalu lama bagi satu-satu soalan.
4. Jika soalan sukar tinggalkan, jawab yang mudah dahulu.
Kefahaman
1. Baca petikan dengan teliti dan fahamkan isi kandungan petikan tersebut.
2. Kemudian baca soalan dan semak petikan sekali lagi.
3. Jawab soalan setelah betul-betul pasti jawapan adalah berkaitan petikan.
4. Istilah "kecuali", "bukan" dan "tidak benar" kena diberi perhatian.
5. Elakkan menjawab soalan berdasarkan pemahaman sendiri tanpa merujuk kepada
petikan.
6. Sekiranya soalan bertanyakan pendapat anda, maka carilah jawapan yang paling tepat
dan logik.
No comments:
Post a Comment