Saturday, 10 December 2011

C) Pepatah

1.      Pepatah ialah sejenis peribahasa dan merupakan ungkapan  yang berulang.

2.     Pepatah digunakan untuk melahirkan penegasan atau menyampaikan unsur -unsur pengjaran dan falsafah.
Contoh pepatah :-

Bil.
Pepatah
Maksud
1.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Sesuatu pekerjaan sudah tentu boleh berjaya jika mempunyai modal yang mencukupi.

2.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama dan tolong-menolong dalam segala hal.

3.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah lagi orang yang menanggungnya.

4.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Pergaduhan antara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

5.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kalau seseorang itu mempunyai cita-cita tentu dia akan berusaha untuk mencapainya.

6.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Menaruh kepercayaan kepada seseorang yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

7.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika berkehendakkan sesuatu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya, tetapi jika kita tidak berkehendakannya, kita akan memberi berbagai-bagai alasan.

8.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
Semakin banyak ilmu atau wang yang diperoleh, seseorang itu tidak akan berasa megah sebaliknya akan sentiasa merendah diri.

9.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jika tidak berusaha, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang begitu saja.

10.
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh, sedangkan yang telah ada hilang pula.



No comments:

Post a Comment