Sunday 11 December 2011

E) Bidalan

1.       Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.

2.       Bidalan juga merupakan salah satu jenis peribahasa.

3.       Dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.
Contoh bidalan: -

Bil.
Bidalan
Maksud 
1.
Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang
Merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.

2.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
3.
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.

4.
Biar genting jangan putus
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak.

5.
Biar lambat asalkan selamat
Membuat sesuatu kerja dengan berhati-hati dan cermat.
6.
Biar putih tulang jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah.

7.
Biar mati anak jangan mati adat

Pegangan adat yang kuat.
8.
Buang yang keruh, ambil yang jernih

Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

9.
Cicir dipungut, hilang dicari
Jangan melakukan pembaziran.

10.
Genggam bara api biar sampai jadi arang

Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu.

11.
Habis akal, baru tawakal
Sudah habis ikhtiar baru berserah kepada Tuhan.

12.
Hempas tulang berisi perut
Hidup akan senang jika rajin bekerja.

13.
Jangan bermain di air keruh
Jangan meniru perbuatan yang buruk.

14.
Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan kita sendiri.

15.
Kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan.

16.
Kusut di hujung, balik ke pangkal
Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya.

17.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ. 

18.
Sarang tebuan jangan dijolok
Jangan sengaja mencari kesusahan.

19.
Sediakan payung sebelum hujan
Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu



No comments:

Post a Comment