Sunday 11 December 2011

D) Perumpamaan

1.        Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

2.      Lazimnya, perumpamaan dimulakan dengan kata bandingan seperti, bagai, ibarat, laksana dan umpama.
Contoh perumpamaan : -

Bil.
Perumpamaan
Maksud
1.
Bagai dakwat dengan kertas
Hubungan yang sangat erat hingga tidak pernah berpisah.

2.
Bagai kucing kehilangan anak
Keadaan seseorang yang hilang akal atau kebingunagan.

3.
Bagai kambing dihalau ke air
Memaksa seseorang melakukan perkara yang tidak disukainya.

4.
Bagai telur di hujung tanduk
Berada dalam keadaan yang genting.

5.
Bagai rambut dibelah tujuh
Sangat sedikit.

6.
Laksana burung di dalam sangkar
Kehidupan yang tidak bebas.
7.
Laksana kunyit dengan kapur
Lekas atau mudah berlaku.

8.
Laksana lembu kasi
Seseorang yang berbadan besar tetapi penakut.

9.
Laksana pohon kayu tidak berbuah
Seseorang yang berilmu tetapi tidak menggunakannya.

10.
Laksana wau melawan angin
Membuat pekerjaan yang tidak mungkin dapat dilakukan.

11.
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung.

12.
Seperti bertih digoreng
Bunyi yang bising.

13.
Seperti gergaji dua mata
Orang yang mendapat faedah daripada dua pihak yang bermusuhan.

14.
Seperti kera kena belacan
Orang yang resah atau gelisah.

15.
Seperti melukut di tepi gantang
Seseorang yang dipandang rendah oleh orang lain kerana tidak berkuasa atau tidak berharta.

16.
Seperti pungguk rindukan bulan
Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.

17.
Seperti ular kena palu
Sesuatu yang bengkang-bengkok.

18.
Umpama ayam menetaskan anak itik, anaknya itu ke air juga

Perangai daripada baka yang asal tidak akan berubah.
19.
Umpama galah di tengah arus

Gementar atau berasa tidak selamat.
20.
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
Orang yang lemah akan dikuasai oleh orang yang berkuasa.



No comments:

Post a Comment